siapa yg xpernah ditimpa masalah dan ujian??
Ujian dan
musibah dalam kehidupan manusia memang satu perkara yang pasti sama ada ianya
ujian yang kecil atau besar. Kita memang xdapat lari dan ianya adalah ketentuan
dan takdir dri Allah s.w.t.
mendengar dan melihat ujian yg menimpa ke atas
seorang sahabat aq membuatkan aq xhabis fikir kenapa hamba Allah ni
selalu sgt ditimpa bermacam-macam dugaan sehingga aq rasa kalau aq berada di
tempat dia mesti aq akan jadi gila dan pasti aq akan rase give up untuk hidup.
bagi aq dugaan yg diterimanya terlalu berat..mungkin Allah memilih dia untuk menerima dugaan2 itu dan pada masa yang
sama Allah juga memilih aq untuk mendengar, melihat, dan membantu hamba Allah
ini..mungkin..
tapi..
kdg2 aq tertanya2
adakah Allah menurunkan suatu musibah itu sebagai satu balasan atas dosa2 kt yg lalu iaitu tanda Allah murka kpd kita?
ATAU
adakah Allah menurunkan ujian&musibah itu sebagai tanda Allah menguji keimanan kita dan tanda Allah sayang kpd kita?
acaner?? yang mana satu??
pada suatu ptg yg hening, [eceh] lepas puas sume channel TV aq kalih
tiba2 aq tertune kat channel TV al-hijrah
and dipendekkan cerita aq menonton satu siri ceramah
dan
penceramah ni telah menjawab semua persoalan aq..
kata penceramah tersebut:
Ada 3 jenis interaction yg berkaitan
antara manusia dan takdir Allah..
- Ape yg berlaku di dalam diri manusia seperti pengaliran darah, system pencernaan etc. Interaction ini tidak boleh dikawal oleh manusia sebagai contoh manusia tidak boleh memberhentikan aliran darah di dalam badannya dengan menyebut ‘berhenti’. Ianya adalah takdir yg ditentukan oleh Allah.
- Ape yg berlaku ke atas manusia iaitu jodoh, ajal, maut, musibah dan sebarang bentuk ujian. Ini juga tidak boleh dikawal oleh manusia dan ia telah ditentukan oleh Allah.
- Respons manusia ke atas semua takdir yg telah Allah tentukan. Hal ini adalah dalam kawalan manusia dan manusia boleh mengawal dan memberi respons berdasarkan akal dan iman.
3 interaction
di atas sebenarnya memberitahu manusia bahawa musibah, rezeki dan sebarang
bentuk uijian yg Allah berikan kepada manusia adalah takdir yg telah ditentukan
oleh Allah. Sebarang bentuk ujian yg diberikan oleh Allah ke atas diri manusia mungkin
merupakan tanda kasih dan sayang Allah kepada kita, dan mungkin juga kerana
kemurkaan Allah kepada kita. So mcm mane kita nak memastikannya adalah terletak
kepada bagaimana manusia itu respons kepada ujian yg Allah s.w.t berikan.
Jika
seorang manusia diberi ujian dan musibah oleh Allah s.w.t dan dengan ujian dan
musibah tersebut membuatkan manusia itu semakin dekat kepada penciptanya iaitu
Allah, maka ujian yg diberikan itu tidak lain adalah tanda cinta dan sayang
Allah kepada manusia itu.
Dan jika ujian dan musibah yang diterimanya hanya
membuatkan seorang manusia itu tetap angkuh, jauh dari Allah, tidak bersyukur,
maka ujian & musibah tersebut tidak lain adalah tanda Allah murka kepada
hambanya.
Justeru apabila kita ditimpa suatu ujian yg berat di dalam kehidupan,
ingatlah bahawa ianya adalah satu takdir dan ketentuan Allah dan suatu ujian
itu tidak akan ditimpakan ke atas seorang manusia itu melainkan manusia itu
mampu untuk mengharunginya.
Dan
kembalilah kepada Allah dan dekatkanlah dirimu kepada Allah kerana mungkin
melalui ujian itu Allah ingin mengingatimu agar mengingati-Nya dan sentiasa
bermohon dan berharap dengan pertolongan-Nya.
xgitu? [hehe]
nway, if aq ader cerita yg best2 lg in sha Allah jika diberi masa dan ketika aq akan kongsi disini..[hehe..bajet ade org bace la..]
ok
stay blessed.
=)









0 comments on "Ujian & Musibah & Takdir"
Post a Comment